Naikkan harga: 12 pemilik kedai gunting rambut diberi notis
PENGKALAN BATU 19 Jun – Sebanyak 12 notis telah dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka membabitkan kedai gunting rambut, pendandan rambut dan salun kecantikan di negeri ini yang didapati menaikkan kadar caj perkhidmatan mereka.
Pengarahnya, Norena Jaafar berkata mereka yang menerima notis tersebut bakal berhadapan tindakan tegas di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (AKHAP 2011).
“Sebanyak 12 notis telah dikeluarkan KPDNHEP sehingga semalam di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga & Antipencatutan 2011 melibatkaan kedai dandanan dan gunting rambut.
“Kesemua peniaga diberikan tempoh masa lima hari waktu bekerja untuk memberikan maklumbalas berhubung notis itu kepada pihak kami,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melakukan Ops PKPP Harga Ayam di Pasar Awam Transit Bachang, di sini pagi tadi.
Beliau menegaskan pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada para peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan kadar harga mahupun mengenakan caj perkhidmatan dengan harga yang tidak munasabah.
Views:
Related
Berita Lain
PERZIM MAHU KETENGAH KREATIVITI INDIVIDU ‘BERTANGAN’ SENI
AYER MOLEK 8 Januari - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) sedia mengetengahkan koleksi peribadi individu-individu yang kreatif dalam menghasilkan seni dan...
KHATAN PERCUMA UNTUK ANAK-ANAK DUN ASAHAN
ASAHAN 8 Januari - Seramai 100 kanak-kanak sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan akan menyertai Program Khatan Perdana DUN Asahan...
UTEM PERKENAL 5 PRODUK INOVASI
AYER KEROH 8 Januari - Kincir air untuk tenaga boleh diperbaharui menjadi antara lima produk inovasi bertaraf dunia berimpak tinggi...
DUNIA KECIL NORMAH
AYER MOLEK 8 Januari - Siapa sangka wanita yang dahulunya bekerja sebagai pegawai khidmat pelanggan, memiliki tangan berseni kerana mahir...
TIGA AMANAT KETUA MENTERI KEPADA MCORP
BANDARAYA MELAKA 8 Januari - Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menekankan tiga perkara penting dalam amanat khasnya...
MELAKA CATAT NILAI PELABURAN RM5 BILION
BANDARAYA MELAKA 7 Januari - Melaka mencatat nilai pelaburan sebanyak RM5 bilion setakat September 2024, sekali gus membuktikan negeri ini...