
Tingkat keselamatan PKRC, bendung kejadian tidak diingini- Mohd Redzuan
SUNGAI UDANG 13 Feb. – Kerajaan akan meningkatkan kawalan keselamatan di 391 Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di seluruh negara bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, ia termasuk menambah anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di PKRC yang masih beroperasi dan aktif.
“Situasi ini mampu menjamin PKRC bagi memberi fokus untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada pesakit COVID-19 tanpa terpalit dengan kes-kes negatif seperti itu.
“Bila dah ramai akan terjadi perkara seperti itu, jadi apa yang kita bolehkan lakukan adalah mempertingkatkan kawalan keselamatan .
“Walaupun ini biasa, namun kita tidak boleh leka dan anggota di situ akan membuat lebih kerap kawalan dan sebagainya,” katanya selepas menyempurnakan program penyampaian Kit Bantuan Makanan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) 2.0 bagi golongan terjejas di Parlimen Tangga Batu di Kompleks Japerun Sungai Udang di sini.
Mohd Redzuan diminta mengulas laporan media mengenai dua lelaki ditahan polis selepas disyaki mencuri empat unit telefon bimbit milik pesakit di PKRC Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di Selangor.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA DESTINASI SUKAN DAN WARISAN
TANJUNGÂ BIDARA 13 April - Penganjuran sukan memanah tradisional mampu memperkenalkan lagi Melaka sebagai destinasi sukan dan warisan, sekali gus...
LORI ALAMI MASALAH BREK, LANGGAR 15 KENDERAAN
SEPANG 13 April - Sebuah lori melanggar 15 kenderaan lain di jalan susur turun dari Plaza Tol Serenia menghala ke...
PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT TERBABAS, PEJALAN KAKI DILANGGAR KERETA KETIKA BERI BANTUAN
JOHOR BAHRU 13 April - Seorang lelaki Myanmar maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas manakala penjalan kaki yang cuba memberi...
RAYA MERIAH, HARMONI DI KLEBANG
KLEBANG 13 April - Walaupun berlangsung dalam cuaca hujan lebat, Majlis Rumah Terbuka Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang di perkarangan...
79 PROGRAM WARNAI WRUR LENDU 18-31 MEI DEPAN
LENDU 13 April - Sebanyak 79 program disusun bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu...
PELUNCURAN TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 DI MELAKA PADA SEPTEMBER
TELOK MAS 13 April - Majlis Peluncuran Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM 2026) di Melaka akan diadakan pada September depan,...