Seorang pegawai kanan polis ditahan SPRM selepas disyaki meminta dan menerima rasuah
KUALA LUMPUR 19 Jun – Seorang pegawai kanan polis hari ini ditahan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor selepas disyaki meminta dan menerima rasuah sebanyak RM20,000.
Pengarah SPRM Selangor,Datuk Alias Salim yang mengesahkan perkara berkenaan berkata pegawai suspek berusia 40 tahun ditahan di Pejabat SPRM Selangor kira-kira 5.30 petang.
“Suspek ditahan kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah daripada seorang pengadu sebagai balasan membantu dan mempercepatkan tuntutan bayaran insurans kemalangan,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Alias berkata pegawai itu akan di bawa ke Mahkamah Majisteret Shah Alam 9 pagi esok bagi tujuan permohonan reman.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan, atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
– BERNAMA
Views:
Related
Berita Lain
PERZIM MAHU KETENGAH KREATIVITI INDIVIDU ‘BERTANGAN’ SENI
AYER MOLEK 8 Januari - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) sedia mengetengahkan koleksi peribadi individu-individu yang kreatif dalam menghasilkan seni dan...
KHATAN PERCUMA UNTUK ANAK-ANAK DUN ASAHAN
ASAHAN 8 Januari - Seramai 100 kanak-kanak sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan akan menyertai Program Khatan Perdana DUN Asahan...
UTEM PERKENAL 5 PRODUK INOVASI
AYER KEROH 8 Januari - Kincir air untuk tenaga boleh diperbaharui menjadi antara lima produk inovasi bertaraf dunia berimpak tinggi...
DUNIA KECIL NORMAH
AYER MOLEK 8 Januari - Siapa sangka wanita yang dahulunya bekerja sebagai pegawai khidmat pelanggan, memiliki tangan berseni kerana mahir...
TIGA AMANAT KETUA MENTERI KEPADA MCORP
BANDARAYA MELAKA 8 Januari - Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menekankan tiga perkara penting dalam amanat khasnya...
MELAKA CATAT NILAI PELABURAN RM5 BILION
BANDARAYA MELAKA 7 Januari - Melaka mencatat nilai pelaburan sebanyak RM5 bilion setakat September 2024, sekali gus membuktikan negeri ini...