Pasangan Indonesia larikan diri selepas positif Covid-19 berjaya dikesan
KUCHING 19 Jun – Dua warganegara Indonesia yang dilapor melarikan diri selepas didapati positif Covid-19 semalam berjaya dikesan lewat malam tadi dan telah dibawa ke Hospital Umum Sarawak di sini.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata, kedua-dua individu itu yang merupakan pasangan suami isteri ditemui di sebuah kawasan perumahan baharu di tepi Jalan Matang Baru kira-kira pukul 11.15 malam.
“Kedua-duanya telah dibawa oleh pihak KKM (Kementerian Kesihatan) ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan dan rawatan susulan,” katanya dalam satu mesej WhatsApp kepada media hari ini.
Semalam, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menyatakan kedua-dua warga asing berkenaan melarikan diri selepas menjalani ujian saringan Covid-19 sebagai syarat untuk memohon permit kerja mereka di sini.
Kehilangan mereka disedari pasukan Kementerian Kesihatan semasa menjalankan langkah susulan untuk mengesan kontak rapat dan mencari punca jangkitan.
– BERNAMA
Views:
Related
Berita Lain
POLIS JEMPOL MINTA BANTUAN KESAN WARGA EMAS HILANG HAMPIR TIGA BULAN LEPAS
SEREMBAN 7 Januari - Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar...
AMARAN HUJAN BERTERUSAN TAHAP WASPADA DI ENAM NEGERI – METMALAYSIA
KUALA LUMPUR 7 Januari - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri...
PEMANDU, KELINDAN MAUT LORI JATUH GAUNG
KUANTAN 7 Januari - Seorang pemandu dan kelindannya maut selepas lori membawa muatan besi dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung...
REMAJA 17 TAHUN HILANG SEJAK 29 DIS DITEMUKAN SELAMAT DI CHERAS
SEPANG 7 Januari - Remaja perempuan berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang sejak 29 Dis lepas ditemukan dalam keadaan selamat...
MELAKA HASRAT GUBAL UNDANG-UNDANG KECIL PBT BERHUBUNG PEMASANGAN QR PADA TERNAKAN
KUALA LUMPUR 7 Januari - Kerajaan Melaka berhasrat mewujudkan undang-undang kecil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang menghendaki pemilik ternakan memasang...
LURUAN MONSUN: HUJAN LEBAT, BERTERUSAN DI TIMUR, SELATAN SEMENANJUNG MULAI KHAMIS
KUALA LUMPUR 6 Januari - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan berterusan yang dijangka melanda bahagian timur...