Sorting by

×

Prosiding kes bunuh dan dera adik Amir bermula hari ini

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

AYER KEROH 10 Feb. -Prosiding pendakwaan kes ibu kandung dan bapa tiri yang didakwa mendera anak lelaki mereka, Zubaidy Amir Qusyairi Abd Malek, 7, hingga maut pada 29 Januari lalu bermula hari.

Seawal jam 8.30 pagi kelibat beberapa ahli keluarga kandung pasangan itu kelihatan hadir di pekarangan Kompleks Mahkamah Ayer Keroh di sini.

Bagaimanapun, wartawan Melaka Hari Ini yang membuat liputan tidak melihat kehadiran keluarga angkat kanak-kanak malang itu.

Terdahulu, kedua-dua suspek berusia 32 dan 38 tahun itu dibawa secara berasingan ke mahkamah menaiki trak polis jam 9 pagi.

Kedua-dua mereka kemudian dibawa masuk ke kamar Mahkamah Majistret 2 bagi menghadapi pertuduhan.

Mereka akan dituduh di Mahkamah Majistret atas pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan manakala pendakwaan kes penderaan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dibuat di Mahkamah Sesyen.

Bagaimanapun, pengamal media tidak dibenarkan memasuki galeri awam mahkamah atas faktor prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Mahkamah hanya membenarkan keluarga terdekat kepada tertuduh wanita termasuk ibu dan adik perempuannya berada di galeri awam ketika pendengaran kes.

Melaka Hari Ini sebelum ini melaporkan mayat Zubaidy Amir ditemukan mati lemas di dalam tong air di sebuah rumah di Taman Krubong Jaya, 29 Januari lalu namun siasatan awal polis mendapati terdapat kecederaan fizikal pada badan mangsa dipercayai didera.

#amir  #dera  #bunuh #krubong #mahkamah #anaktiri #ibuangkat #meninggal

Views:

1275
Kongsi :
Previous post Kuarantin tiga hari: Menteri perlu patuh syarat ketat
Next post Ibu kandung dan bapa tiri dituduh bunuh dan dera Amir
Ubah saiz-+=