
India: Korban runtuhan glasier di Uttarakhand meningkat kepada 26 orang
NEW DELHI 9 Feb. – Angka korban dalam kejadian glasier Himalaya runtuh di utara India yang mencetuskan banjir besar pada Ahad, kini mencecah 26 orang manakala 171 lagi masih hilang.
Runtuhan sebahagian glasier Nanda Devi, gunung kedua tertinggi di India, terletak di Tapovan, daerah Chamoli, di Uttarakhand itu mencetuskan banjir dan turut merosakkan projek tenaga air Rishiganga, lapor Agensi Anadolu.
Ketua Polis Uttarakhand Ashok Kumar pada Isnin malam berkata 26 mayat telah dijumpai di Tapovan.
Sementara, 171 lagi masih hilang, 35 daripanya dipercayai terperangkap dalam terowong dan operasi mencari serta menyelamat sedang dijalankan.
Misi mencari dan menyelamat besar-besaran dilancarkan pada Ahad.
Mangsa yang hilang kebanyakannya terdiri pekerja projek tenaga elektrik.
Ketua Pasukan Tindak Balas Bencana Negara, Satya Narayan Pradhan berkata lebih banyak pasukan bantuan dikerahkan ke lokasi kejadian.
Sementara itu pada Ahad Perdana Menteri Narendra Modi mengumumkan kerajaan akan memberikan pampasan kepada waris mangsa yang maut dan mereka yang cedera.
Views:
Related


Berita Lain
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...
SUNGAI RAMBAI LOKASI PENGANJURAN FESTIVAL HELLO KOMODITI 2025
SUNGAI RAMBAI 22 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sekali lagi dipilih menjadi lokasi karnival peringkat kebangsaan menerusi...
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...