Polis Melaka periksa setiap individu kuarantin kendiri, pastikan tiada pelanggaran SOP.
AYER KEROH 8 Feb. – Bagi mengekang penularan COVID-19, Polis Melaka menubuhkan pasukan khas bagi menjalankan pemantauan terhadap individu yang diarahkan menjalankan kuarantin kendiri di rumah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman ketika dihubungi Melaka Hari Ini (MHI) berkata, pasukan itu dianggotai 31 pegawai dan anggota JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.
Katanya, pasukan itu menjalankan pemeriksaan dan pemantaun terhadap individu yang diarahkan menjalani kuarantin kendiri di rumah berdasarkan data diperoleh daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Sepanjang penugasan bermula Jumaat lalu hingga semalam, sebanyak 133 premis kediaman membabitkan 330 individu diperiksa di daerah Alor Gajah, Melaka Tengah dan Jasin.
“Pemeriksaan yang dijalankan mendapati semua individu berkenaan menjalani pengasingan diri di rumah dan tiada pelanggaran SOP,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mengulas lanjut, pihaknya akan menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa secara berterusan di setiap kediaman individu yang menjalankan kuarantin itu bagi memastikan pematuhan SOP sekali gus memutuskan rantaian pandemik COVID-19.
Views:
Related
Berita Lain
DULU PENGIKUT, KINI MAMPU CIPTA KANDUNGAN DIGITAL SEHEBAT MHI
TANGGA BATU 16 Disember – Melaka Hari Ini (MHI) Sdn Bhd meneruskan usaha berkongsi kepakaran dan kemahiran sebagai pencipta kandungan...
MAKAN MALAM AMAL KUTIP DANA NAIK TARAF DEWAN SK PAYA RUMPUT TERIMA RM71,404
PAYA RUMPUT 16 Disember - Majlis Makan Malam Amal Sejuta Kenangan yang diadakan bagi mengutip dana untuk menaik taraf Dewan...
PDRM-KERAJAAN MELAKA JALIN KERJASAMA KURANGKAN KADAR JENAYAH
TANJUNG BIDARA 15 Disember - Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus komited bagi memastikan kadar jenayah di Melaka yang juga sebuah...
PDRM SEDIA KAWALAN KESELAMATAN SEMPENA WTD 2025
TANJUNG BIDARA 15 Disember - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia membantu dalam aspek kawalan keselamatan sempena penganjuran Hari Pelancongan Sedunia...
KERAJAAN NEGERI SUMBANG RM30,000 UNTUK IPD SELURUH MELAKA
TANJUNG BIDARA 15 Disember - Kesemua tiga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dalam Negeri Melaka menerima sumbangan berjumlah RM30,000 daripada...
WANITA NYARIS MAUT, KERETA TERBABAS REMPUH BESI PEMBAHAGI JALAN
JASIN 15 Disember - Seorang wanita nyaris maut selepas kereta dipandunya terbabas sebelum merempuh besi pembahagi jalan di Jalan Kesang...