
Melaka catat kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 harian tertinggi
KUALA LUMPUR 7 Feb. – Melaka mencatatkan kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 harian tertinggi negara, iaitu pada 1.17 hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Berdasarkan infografik yang dikongsikan menerusi akaun Twitter beliau, Selangor merekodkan Rt kedua tertinggi pada 1.10, diikuti Johor (1.09), Pulau Pinang (1.07), Kuala Lumpur (1.03) dan Sarawak (1.01).
Negeri-negeri lain mencatatkan bacaan di bawah satu iaitu Pahang 0.95, Perak (0.92), Negeri Sembilan (0.90), Kedah (0.87), Terengganu (0.86), Sabah (0.81), Kelantan (0.80), Labuan (0.75) manakala Perlis dan Putrajaya masing-masing mencatatkan Rt 0.70
Rt untuk seluruh negara pula ialah 0.92, katanya.
Views:
Related

Berita Lain
TENGKU HASSANAL BERANGKAT KE RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MERLIMAU
MERLIMAU 12 April - Keberangkatan tiba Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah...
18 PROGRAM MERIAHKAN SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-22 BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
AYER KEROH 12 April - Sebanyak 18 program dan acara telah dirangka Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) sempena Ulang Tahun...
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI PENGKALAN BATU BAWA KONSEP ‘GARDEN’
PENGKALAN BATU 12 April - Konsep sambutan Aidilfitri dalam taman menjadi antara tarikan pada Majlis Rumah Terbuka Dewan Undangan Negeri...
BALAI BOMBA BAHARU DI PEKAN ASAHAN
ASAHAN 12 April - Pembinaan Balai Bomba baharu dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan dijanhka akan direalisasikan tidak lama lagi...
KETUA MENTERI JEMPUT ORANG MELAKA BERAYA DI VILLA D’ACQUA, 19 APRIL INI
TANJUNG BIDARA 12 April - Sebanyak 70 kios makanan tradisi berserta 10 kendera saji (food truck) akan disediakan untuk menjamu...
JANAAN SISA PEPEJAL DI MELAKA MENINGKAT SEPANJANG RAMADAN
SUNGAI UDANG 12 April - Jumlah sisa pepejal di Melaka yang dihantar ke Tapak Pelupusan Sanitari Sungai Udang sepanjang Ramadan...