
Balai Polis Lubok China tidak ditutup
SERKAM 6 Feb. – Balai Polis Lubok China masih beroperasi seperti biasa biarpun semua anggotanya diarahkan menjalani kuarantin oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah, Datuk Rahmad Mariman berkata, semua anggota terbabit hanya menjalani perintah kuarantin selama 10 hari berikutan terdapat seorang anggota disahkan positif COVID-19 hasil jangkitan daripada ahli keluarganya.
“Berikutan itu beberapa anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah telah ditempatkan di balai itu sementara anggota asal yang bertugas di balai itu menjalani kuarantin.
“Balai Polis Lubok China beroperasi seperti biasa malah tidak menjejaskan sebarang perkhidmatan disediakan seperti dakwaan sesetengah pihak mengatakan ia ditutup seperti disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp semalam,” katanya selepas mengiringi Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba meninjau pelaksanaan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 di sebuah kilang pemprosesan ayam di Serkam di sini.
Semalam, MHI melaporkan 13 anggota balai itu diarahkan kuarantin sehingga 8 Februari depan selepas seorang anggota disahkan positif menerima jangkitan itu.
Susulan itu, balai berkenaan telah menjalankan sanitasi di seluruh bangunan itu semalam.
Views:
Related


Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...