Bukan hanya jaguh di trek, ‘Perkongsian Jumaat’ Azizulhasni menusuk jiwa

Masa Membaca:56 Saat

KUALA LUMPUR 5 Feb. – Kesihatan kekayaan sebenar. Itu antara lima perkara boleh diambil iktibar, impak daripada penularan pandemik COVID-19 yang melanda dunia serta umat manusia, menurut jaguh berbasikal trek negara Mohd Azizulhasni Awang.

Bekas juara dunia dan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016 itu, menitipkan kata-kata nasihat dan peringatan itu melalui ‘Perkongsian Jumaat’ beliau, menerusi video di akaun Instagram rasminya @azizulhasniawang hari ini.

Menurut Mohd Azizulhasni, 33, perkara pertama yang boleh dipelajari dalam situasi berdepan ancaman COVID-19 adalah hidup itu hanya sementara, diikuti pekerjaan sesuatu yang tidak tetap dan kesihatan adalah kekayaan sebenar.

Perkara keempat, sentiasalah menyimpan duit sambil beliau mengingatkan perlu mempunyai simpanan untuk waktu kecemasan, dan terakhir, Allah Maha kuasa ke atas segalanya.

Allah maha mengubah segalanya, Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim, Maha pengasih dan Maha penyayang, kata Olahragawan Kebangsaan Anugerah Sukan Negara (ASN) pada 2009, 2010 dan 2017 itu.

‘The Pocket Rocketman’ kini dalam persediaan memburu emas Olimpik sulung negara di Tokyo pada Julai depan, selepas mengakhiri musim 2020 penuh bergaya dengan meraih pingat emas acara keirin pada Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan Australia 2020 di Brisbane, Disember lepas.

Views:

479
Kongsi :
Previous post Kes positif COVID-19 di Melaka dijangka meningkat
Next post Wanita ‘kantoi’ sorok dadah dalam pakaian dalam
Ubah saiz-+=