Polis sambung reman seminggu lagi terhadap pasangan suami isteri
AYER KEROH 5 Feb – Mahkamah Majistret hari ini membenarkan permohonan polis untuk melanjutkan perintah tahanan reman selama tujuh hari lagi terhadap pasangan suami isteri yang ditahan berhubung kes kematian anak mereka dipercayai akibat didera di Taman Krubong Jaya pada 29 Januari lalu.
Pendaftar Kanan Mahkamah Ayer Keroh, Mohd Anuar Ostadi membenarkan kedua-dua suspek disambung reman bermula hari ini hingga 12 Februari ini bagi membolehkan siasatan dilengkapkan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Permohonan reman itu dibuat selepas tempoh reman tujuh hari terhadap dua supek berusia 32 dan 38 tahun yang juga ibu kandung dan bapa tiri kanak-kanak berkenaan tamat hari ini.
Terdahulu, suspek wanita yang mengenakan pakaian lokap jingga manakala suspek lelaki yang memakai baju lokap berwarna ungu tiba di mahkamah berkenaan dengan tangan bergari diiringi polis pada jam 9.10 pagi.
Sebelum ini, Melaka Hari Ini melaporkan kematian tragis kanak-kanak itu yang didakwa mati lemas, namun siasatan awal polis menemui kecederaan fizikal pada badan mangsa disyaki didera.
Sehubungan itu, kedua-dua suspek direman bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
#dera #suamiisteri #amir #polis
Views:
Related
Berita Lain
KEBAJIKAN WARGA KUALA LINGGI TIDAK DILUPA
KUALA LINGGI 10 Januari - Seramai 137 warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi menerima bantuan kebajikan sempena program Wakil...
AMARAN HUJAN BERTERUSAN TAHAP BAHAYA DI PAHANG, JOHOR HINGGA AHAD, MELAKA TAHAP WASPADA
KUALA LUMPUR, 10 Jan - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya di beberapa kawasan...
PARAMEDIK KOMUNITI MELAKA BENAR-BENAR BERI IMPAK
AYER KEROH 10 Januari - Inisiatif Paramedik Komuniti (PARAKOM) yang merupakan cetusan idea Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf...
ANGKAT NASKHAH AGUNG SULALATUS SALATIN JADI SENI VISUAL
BANDA HILIR 10 Januari - Peminat sejarah yang ingin menyelami keagungan sejarah dan warisan Melayu boleh hadir ke Pameran Manifestasi:...
TANGANI 4 ‘HOTSPOT’ BANJIR DI PANTAI KUNDOR
PANTAI KUNDOR 10 Januari - Usaha menangani pemasalahan banjir di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor terus diberi perhatian...
MACAM-MACAM ADA SEMPENA ULANG TAHUN KE-18 PERBANDARAN JASIN
JASIN 10 Januari - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyediakan pelbagai program dan aktiviti sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-18 Perbandaran Jasin...