Sorting by

×

UPM siasat dakwaan kakitangannya bertengkar dengan pengguna jalan raya

Masa Membaca:59 Saat

PETALING JAYA: Universiti Putra Malaysia (UPM) menegaskan kelakuan seorang kakitangannya bertengkar dengan pengguna jalan raya berhampiran Hospital Serdang yang tular di media sosial sejak semalam, tidak mencerminkan sahsiah dan etika universiti itu.

Dalam kenyataannya UPM berkata, pihaknya memandang serius hal itu dan ia adalah reaksi spontan peribadi kakitangan wanita terbabit.

“Tatakelakuan beliau sama sekali tidak mencerminkan sahsiah serta etika yang sepatutnya diterapkan oleh warga UPM.

“Sehubungan itu, perkara ini sedang dalam siasatan pihak kami untuk tindakan sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sejak kelmarin heboh di laman sosial apabila seorang pengguna Twitter dikenali Fadzli Amin memuat naik tiga rakaman video mengenai insiden pertengkaran itu dari mula hingga akhir dan meminta netizen membuat penilaian sendiri.

Sementara itu, berdasarkan ciapan terbaru di akaun Twitternya jam 10.05 pagi tadi, Fazli Amin memaklumkan wanita terbabit sudah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang.

“Dia buat report polis bagitahu aku memandu dengan bahaya dan mengeluarkan kata-kata kesat.

“Petang ini aku akan ke IPD Sepang untuk bagi keterangan,” katanya.

Memetik laporan Kosmo, kakitangan terbabit telah memohon maaf menerusi akaun Instagramnya semalam, namun meletakkan akaunnya dalam status ‘private’.

“Jika saya salah, maafkan saya. Jika saya betul, saya maafkan semua,” katanya.

Views:

781
Kongsi :
Previous post Polis Melaka rampas mercun bernilai lebih RM500,000
Next post Liga M3 ditunda ke Jun 2021
Ubah saiz-+=