
COVID-19: Melaka catat 85 kes positif, satu kematian.
AYER KEROH 1 Feb. – Melaka mencatatkan 85 kes positif COVID-19 baharu dengan satu kematian pada hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, kematian itu membabitkan warga emas berusia 60 tahun di Mukim Kelemak.
Katanya, sekali gus ia menjadikan 11 kes kematian yang direkodkan di negeri ini dengan 17 kluster masih aktif.
“Daripada 85 kes positif itu, 84 adalah jangkitan tempatan dan satu kes banduan atau Orang Kena Tahan (OKT) atau Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).
“Selain itu, sebanyak 1,098 kes aktif sedang dirawat, lima kes di unit rawatan rapi (ICU) dan tiga kes menggunakan bantuan alat pernafasan,” katanya kepada MHI.
Views:
Related


Berita Lain
SIJIL ‘MC’ HILANG KEJADIAN TAHUN LEPAS
AYER KEROH 2 April - Rakaman video tular mendakwa berlaku kehilangan sijil cuti sakit di sebuah klinik kesihatan di Sungai...
AL-QURAN JADI PENDAMPING MUALAF
BANDARAYA MELAKA - Perjalanan menjadi seorang mualaf pasti penuh dengan cabaran, namun itu tidak menghalang mereka menghabiskan bacaan 30 juzuk...
PENGGIAT SENI BUDAYA MELAKA TIDAK DILUPAKAN
AYER KEROH 2 April - Institut Warisan Melaka (INSWA) menerusi Kelab Kebajikan dan Sosial telah menyantuni seramai 16 bekas penggiat...
KAMPUNG DIGITAL ‘PANGKALAN DATA’ SEJAHTERAKAN RAKYAT MELAKA
DUYONG 2 April - Inisiatif Kampung Digital yang dicetuskan Kerajaan Negeri Melaka di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Utama...
‘KEREPEK PISANG NURUL’ PENYAMBUNG LEGASI KELUARGA
SUNGAI UDANG 2 April - Siapa sangka kerepek pisang yang pada awalnya diusahakan secara kecil-kecilan untuk menampung kehidupan kini menjadi...
10 SEKOLAH LUAR BANDAR MELAKA BAKAL DAPAT MANFAAT ‘SMART CLASSROOM’
REMBIA 2 April - Kerajaan Negeri menyasarkan sebanyak 10 buah sekolah lagi di negeri ini akan mendapat manfaat menerusi projek...