Raut wajah ‘Adik’ tenang macam tidur

Masa Membaca:47 Saat

BUKIT BARU 1 Feb. – “Raut wajah ‘Adik’ cukup tenang, macam tidur,” itu luahan Norlida Abu Hassan, 50, sebaik dibenarkan pihak polis untuk membuat pengecaman terhadap jenazah anak angkatnya, Allahyarham Zubaidi Amir Qusyairi Abd Malek, 7 semalam.

Menurutnya, dia sekeluarga reda dengan pemergian anak angkatnya dan berdoa agar Zubaidi Amir ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh.

“Umi tengok raut wajah Adik tenang, malah kami dapat lihat mata arwah tertutup rapat serta dahi dan kelopak matanya berpeluh.

“Arwah meninggal dunia pada hari Jumaat, Alhamdulillah itu tanda-tanda kematian yang baik,” katanya sebak ketika ditemui di perkarangan Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Melaka di sini semalam.

Semalam, Melaka Hari Ini (MHI) melaporkan bapa angkat kanak-kanak itu reda dengan keputusan keluarga kandung yang mahu mengebumikan jenazah Zubaidi Amir di Simpang Bekoh, Jasin.

Proses bedah siasat kanak-kanak itu selesai malam tadi pada jam 10 malam, namun punca kematiannya belum dikenal pasti berikutan pakar forensik hospital berkenaan memerlukan masa bagi mendapatkan laporan makmal.

Views:

711
Kongsi :
Previous post Jenazah Zubaidi Amir kebumi hari ini di Simpang Bekoh, Jasin
Next post Syukur dapat tatap wajah Zubaidi Amir kali terakhir
Ubah saiz-+=