
Pencipta Mi Goreng Indomie meninggal dunia
Jakarta: Pencipta mi segera Indomie, Nunuk Nuraini disahkan meninggal dunia pada Rabu lalu.
Ketua Perhubungan Awam Indofood, Nurlita Novi Arlaida mengesahkan berita sedih itu dan berkata, wanita itu meninggal dunia dalam keadaan tenang pada usianya 59 tahun.
“Puan Nunuk Nuraini meninggal dunia hari ini (Rabu) dan pulang dengan tenang ke pangkuan Allah SWT,” katanya kepada Kompas.com
Nunuk, graduan dari jabatan teknologi makanan Universiti Padjadjaran di Bandung, berkhidmat dengan PT Indofood CBP Sukses Makmur Tbk selama 30 tahun.
Sepanjang berkhidmat, dia berjaya menghasilkan pelbagai ramuan rasa produk di syarikat itu antaranya soto, rendang, rendang selain perisa mi goreng Indomie.
Sementara itu, mi segera Indomie kali pertama dicipta pada 1972 dengan mempopularkan perisa ayam dan mendapat permintaan tinggi dalam kalangan masyarakat Indonesia.
Produk Indomie mula dieksport ke luar negara mulai 1992, malah terkenal di pelbagai negara seperti Singapura, Malaysia, Hong Kong, dan Taiwan serta menjangkau ke Eropah, Timur Tengah, Afrika, dan Amerika.
Pada November 2019, produk Indomie dinobat sebagai ramen terenak oleh LA Times.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS MELAKA KOMITED BANTERAS SINDIKET MINTA SEDEKAH, JUAL KEREPEK
AYER KEROH 21 April - Polis Melaka komited membanteras sindiket meminta sedekah dan menjual kerepek khususnya di kaki lima bank...
JALAN BAHARU TAMBAK PAYA KE LEBUH AMJ STRATEGI PENYURAIAN TRAFIK
AYER MOLEK 21 April - Jalan pintas baharu dianggarkan sejauh tiga kilometer (km) menghubungkan Tambak Paya dan Lebuh Alor Gajah-Melaka...
MELAKA REKOD 666 KES PENIPUAN DALAM TALIAN, KERUGIAN RM19.52 JUTA
REMBIA 21 April - Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM19.52 juta yang melibatkan 666 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 1...
AMENG SPRING BAKAL MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN TABOH NANING
TABOH NANING 22 April - Penyanyi lelaki popular, Ameng Spring bakal memeriahkan lagi sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri...
DUA BERADIK MAUT DIPERCAYAI LANGGAR LAMPU ISYARAT
JOHOR BAHRU 21 April - Dua beradik maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima...
MMC LANCAR ‘HEALTH & LEISURE CARD’ PERTAMA DI MALAYSIA
BANDAR HILIR 21 April - Bagi menarik lebih ramai pesakit domestik dan antarabangsa Mahkota Medical Centre (MMC) mengambil inisiatif melancarkan...