KPM tambah slot TV Pendidikan menerusi program DidikTV@NTV7
KUALA LUMPUR, 27 Jan. – Bermula hari ini, Kementerian Pendidikan (KPM) akan menambah slot program TV Pendidikan dalam program DidikTV@NTV7, khusus untuk calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 yang akan menduduki peperiksaan, mulai 22 Februari ini.
KPM dalam satu kenyataan memaklumkan slot tambahan itu membabitkan sesi selama dua jam pada hari Isnin hingga Jumaat bermula dari 3 hingga 5 petang di saluran NTV7.
“KPM juga menambah lima jam waktu siaran di saluran yang sama pada hari Sabtu dan Ahad bermula dari 9 pagi hingga 12 tengah hari dan 3 petang hingga 5 petang,” menurut KPM.
Penambahan slot ini menjadikan keseluruhan waktu siaran TV Pendidikan sebanyak 11 jam setiap hari yang disiarkan di saluran TV Okey, Astro Tutor TV dan DidikTV@NTV7.
KPM turut melahirkan keyakinan program TV Pendidikan yang disediakan itu dapat dimanfaatkan oleh pelajar, guru dan ibu bapa sebagai antara kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang berkesan.
Jadual rancangan boleh didapati dengan melayari portal rasmi KPM di www.moe.gov.my atau di media sosial rasmi KPM iaitu Facebook, Instagram dan Twitter @KemPendidikan.
Views:
Related
Berita Lain
MTL: MELAKA DIJANGKA ALAMI BANJIR
AYER KEROH 26 November - Melaka antara negeri yang turut diberikan perhatian oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sepanjang...
ANGKA KORBAN AKIBAT LEMAS MERISAUKAN
AYER KEROH 26 November - Orang ramai dinasihat agar mengehadkan aktiviti riadah seperti berkelah atau sebarang bentuk sukan air susulan...
PERDANA MENTERI SALUR BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR DUN PANTAI KUNDOR
PANTAI KUNDOR 26 November - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyampaikan sumbangan berjumlah RM82,400 kepada penduduk dalam...
LELAKI DIDAKWA BUNUH IBU, SIMPAN DALAM PETI SEJUK
KUALA LUMPUR 26 November - Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibunya yang...
ANWAR BERTEMU PEMIMPIN PERNIAGAAN TERKEMUKA KOREA SELATAN HARI INI
SEOUL 26 November - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan hari ini dengan beberapa pemimpin perniagaan terkemuka (chaebol)...
WARIS PASANGAN KEMALANGAN DILANGGAR PEMANDU MABUK TERIMA FPM, PENCEN PENAKAT PERKESO
JOHOR BAHRU 26 November - Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Johor menyerahkan Faedah Pengurusan Mayat (FPM) berjumlah RM3,000 dan Pencen Penakat...