
Mesut Ozil sertai Fenerbahce melalui perpindahan percuma
ANKARA, 25 Jan. – Kelab bola sepak Turki, Fenerbahce pada Ahad mengesahkan perpindahan secara percuma Mesut Ozil dari Arsenal, England, lapor Agensi Anadolu.
“Perjanjian telah dicapai dengan Kelab Arsenal untuk perpindahan pemain bola sepak profesional Mesut Ozil ke kelab kami,” kata kelab Istanbul itu dalam satu kenyataan.
Ozil, warganegara Jerman berketurunan Turki, menandatangani kontrak tiga setengah tahun dengan kelab Liga Super Turki.
Pemain tengah berusia 32 tahun itu tiba di Istanbul dengan jet peribadi pada 18 Januari.
Ozil melalui tiga musim cemerlang dengan gergasi Sepanyol, Real Madrid, ketika membantu Los Blancos memenangi gelaran La Liga, dan Piala Super Sepanyol.
Setelah berpindah ke Arsenal pada 2013, Ozil memenangi empat trofi Piala FA di London, dan menjaringkan 44 gol dalam 254 perlawanan.
Views:
Related


Berita Lain
AMALKAN SUNNAH PASTI BEROLEH KEJAYAAN
TANJUNG BIDARA 20 April - Lebih ramai beliau disarankan supaya melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sukan memanah yang juga...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
MELAKA CADANG PERKENAL SUKAN GOLF DI SEKOLAH-SEKOLAH
AYER KEROH 18 April - Sukan golf akan diperkenalkan di beberapa buah sekolah sekitar Melaka sebagai sukan kokurikulum elit bagi...
92 MURID, PELAJAR BERENTAP PADA KEJOHANAN GOLF MSSNM
AYER KEROH 17 April - Seramai 92 peserta mewakili 41 buah sekolah rendah dan menengah berentap pada Kejohanan Golf Majlis...
MELAKA TUAN RUMAH KEJOHANAN MEMANAH TRADISIONAL KEBANGSAAN
TANJUNG BIDARA 16 April - Melaka sekali lagi dipilih sebagai lokasi penganjuran acara bertaraf nasional menerusi penganjuran kejohanan memanah tradisional...
MELAKA ‘HIDUPKAN’ KEMBALI SUKAN POLO AIR
PAYA RUMPUT 16 April - Melaka yakin akan kembali melakar kegemilangan menerusi sukan polo air pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA)...