Syabas polis, TNB potong bekalan elektrik 12 premis anjur judi dalam talian
KUALA LUMPUR, 24 Jan. – Polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) memotong bekalan elektrik 12 premis di sekitar Ampang Jaya yang dikenal pasti menjalankan kegiatan judi dalam talian menerusi satu operasi pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, operasi bermula pukul 10 pagi itu disertai 30 pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya serta TNB.
Beliau berkata operasi berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 21A (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 38 (1A) Akta Bekalan Elektrik 1990 pindaan 2001.
“Bermula tahun 2020 hingga sekarang, lebih 30 premis telah dilakukan pemotongan elektrik kerana menjalankan aktiviti judi dalam talian di kawasan pentadbiran IPD Ampang Jaya.
“Sekiranya orang ramai mempunyai maklumat mengenai aktiviti judi dalam talian, bolehlah menyalurkan maklumat tersebut kepada polis dengan kadar segera,” katanya dalam kenyataan.
Views:
Related
Berita Lain
MELAKA ANJUR 2 PROGRAM SUKAN LIBAT LEBIH 6,200 RAKYAT, BADAN BERUNIFORM
SUNGAI UDANG 11 Januari - Lebih 6,200 peserta akan mengambil bahagian dalam dua kejohanan sukan iaitu Sukan Dua Jiwa Satu...
PERMATA TERSEMBUNYI KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 11 Januari - Di sebalik populariti beberapa pantai tersohor di negeri Melaka seperti Pantai Puteri, Pengkalan Balak dan...
PEKERJA ASING TIKAM RAKAN SEDANG TIDUR GARA-GARA KRIKET
JASIN 11 Januari - Pergaduhan mulut mengenai sukan kriket berakhir dengan tragedi berdarah apabila seorang pekerja asing warganegara Nepal parah...
TERIMA KASIH SUDI ‘JENGUK’ KAMI
KUALA LINGGI 11 Januari - Ucapan terima kasih tidak terhingga antara kalimat yang diungkapkan penerima bantuan kebajikan yang diziarahi Exco...
TRAGEDI KELUAR SIMPANG: WARGA EMAS MAUT, CUCU CEDERA
LENDU 11 Januari - Seorang pesara tentera maut, manakala cucunya cedera selepas motosikal ditunggang bertembung dengan sebuah kereta di persimpangan...
W.R.U.R MEDAN SELAMI, SELESAI KEMELUT MASYARAKAT
KUALA LINGGI 11 Januari - Program Ziarah Kasih Sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) di Dewan Undangan Negeri (DUN)...