Ajal langgar khinzir
TAPAH, 24 Jan. – Seorang pekerja sebuah restoran makanan segera di Hentian Rehat dan Rawat di sini, meninggal dunia selepas motosikal yang ditunggang melanggar seekor khinzir di KM59 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur tengah malam tadi.
Mangsa, Muhammad Rasidi Shamsuddin, 35, meninggal dunia di lokasi yang merupakan Jalan Persekutuan akibat kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Tapah Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, ketika kejadian pada kira-kira jam 12.05 tengah malam itu, mangsa sedang dalam perjalanan balik ke rumahnya di Bidor, di sini dari tempat kerja.
“Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa telah melanggar seekor binatang dipercayai khinzir sehingga terbabas dan cedera parah, sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak ambulans yang datang,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Katanya mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk bedah siasat pagi ini, dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Views:
Related
Berita Lain
MELAKA ANJUR 2 PROGRAM SUKAN LIBAT LEBIH 6,200 RAKYAT, BADAN BERUNIFORM
SUNGAI UDANG 11 Januari - Lebih 6,200 peserta akan mengambil bahagian dalam dua kejohanan sukan iaitu Sukan Dua Jiwa Satu...
PERMATA TERSEMBUNYI KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 11 Januari - Di sebalik populariti beberapa pantai tersohor di negeri Melaka seperti Pantai Puteri, Pengkalan Balak dan...
PEKERJA ASING TIKAM RAKAN SEDANG TIDUR GARA-GARA KRIKET
JASIN 11 Januari - Pergaduhan mulut mengenai sukan kriket berakhir dengan tragedi berdarah apabila seorang pekerja asing warganegara Nepal parah...
TERIMA KASIH SUDI ‘JENGUK’ KAMI
KUALA LINGGI 11 Januari - Ucapan terima kasih tidak terhingga antara kalimat yang diungkapkan penerima bantuan kebajikan yang diziarahi Exco...
TRAGEDI KELUAR SIMPANG: WARGA EMAS MAUT, CUCU CEDERA
LENDU 11 Januari - Seorang pesara tentera maut, manakala cucunya cedera selepas motosikal ditunggang bertembung dengan sebuah kereta di persimpangan...
W.R.U.R MEDAN SELAMI, SELESAI KEMELUT MASYARAKAT
KUALA LINGGI 11 Januari - Program Ziarah Kasih Sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) di Dewan Undangan Negeri (DUN)...