Tiga wanita cedera akibat bahan kimia tumpah

Masa Membaca:45 Saat

LENDU 22 Jan – Tiga wanita cedera ringan selepas terdedah dengan tumpahan bahan kimia yang dipercayai terjatuh dalam kejadian di sebuah pusat dialisis di Kompleks Perniagaan Masjid, petang tadi.

Dalam kejadian pada jam 4.30 petang itu, mangsa berusia antara 30 hingga 35 tahun mengalami pedih mata dan sakit tekak akibat kejadian itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Masjid Tanah, Penolong Penguasa Bomba Hairi Affendy Razali berkata, pihaknya menerima laporan mengenai tumpahan itu pada jam 4.33 petang.

Katanya, pihaknya meminta bantuan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) dari BBP Alor Gajah dan keseluruhan 22 anggota terbabit operasi berkenaan.

“Sebaik tiba, anggota bomba mendapati sebuah botol mengandungi bahan kimia jenis Renalin 100 terjatuh ke lantai.

“Anggota bomba mengambil masa kira-kira 20 minit membersihkan bahan kimia berkenaan manakala tiga wanita yang merupakan pekerja pusat dialisis berkenaan hanya mengalami cedera ringan,” katanya.

Beliau berkata operasi ditamatkan pada jam 4.54 petang.

Views:

800
Kongsi :
Previous post Peniaga rugi RM96,500 ditipu lelaki menyamar timbalan pendakwa raya
Next post PKP ‘lubuk rezeki’ buat kedai komputer
Ubah saiz-+=