MTSB sasar 100,000 pengunjung bermula Jun hingga 31 Disember
AYER KEROH 16 Jun – Menara Taming Sari Berhad (MTSB) menyasarkan 100,000 pengunjung bakal menaiki menara tersebut bermula Jun hingga 31 Disember ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azlan Abidin berkata, lebih 2,000 pengunjung direkodkan pada hujung minggu lalu, di mana seramai 1,100 pengunjung pada hari Sabtu dan 1,000 pengunjung pada hari Ahad.
“Sebanyak 90 peratus adalah pengunjung tempatan dan 10 peratus dari luar negara.
“Jumlah ini menunjukkan respon positif, pengunjung tidak perlu risau kerana pihak MTSB sentiasa melakukan kerja-kerja sanitasi dari semasa ke semasa demi keselamatan mereka,” katanya kepada MHI.
Azlan berkata, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), MTSB hanya membenarkan seramai 33 pengunjung menaiki menara bagi mengekalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
“Dari jumlah biasa menara ini memuatkan seramai 66 pengunjung, tetapi kita hadkan separuh saja supaya penjarakan sosial dapat diutamakan.
“Pengunjung yang menetap di Melaka akan mendapat potongan 50 peratus sehingga 31 Disember ini, manakala dari luar Melaka dapat potongan 20 peratus bermula hari ini sehingga Ogos depan,” katanya.
MTSB juga menawarkan cabutan bertuah PKPP di mana setiap pembelian tiket pengunjung berpeluang membawa hadiah utama televisyen berukuran 70 inci.
Views:
Related
Berita Lain
BERMALAM DI HANG TUAH CENTRE, PROGRAM BUKA TIRAI 2025
DUYONG 2 Januari - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) membuka tirai 2025 dengan melaksanakan Program Bermalam di Muzium bermula di Hang...
PERKENAL LIMA HENTIAN BECA
BANDA HILIR 2 Januari - Perkhidmatan beca di negeri ini akan lebih sistematik dengan adanya lima pusat hentian beca atau...
MELAKA JADI NEGERI PERTAMA DIGITALKAN BECA
BANDA HILIR 2 Januari - Melaka bakal menjadi negeri pertama mendigitalkan perkhidmatan beca, sekali gus memberikan identiti khas kepada pengayuh...
BAPA TUMPANG TUAH ANAK 14 TAHUN MENANG AXIA
BANDA HILIR 1 Januari - Siapa sangka hasrat seorang remaja menyambut Ambang Tahun Baharu bersama keluarga menjadi satu kenangan tidak...
202 ACARA ‘BESAR’ WARNAI MELAKA SEPANJANG 2024 – EXCO
BANDA HILIR 1 Januari - Sektor pelancongan Melaka telah capai pelbagai kejayaan sepanjang tahun 2024 berdasarkan penganjuran sebanyak 202 acara...
MELAKA AKAN UMUM ‘KHABAR GEMBIRA’ SEMPENA 20 FEBRUARI 2025
BANDA HILIR 1 Januari - Langkah awal mempromosi Melaka sebagai tuan rumah Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Persidangan...