
Milikan sementara memudahkan pesakit COVID-19 di Melaka
AYER KEROH 22 Jan. – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah boleh mengambil milikan sementara ambulans Hospital Pakar Putra bagi tujuan mengangkut dan memindahkan pesakit-pesakit COVID-19 dan pesakit-pesakit lain di negeri ini.
Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Mohamad Abazafree Mohd Abas berkata, berkata, ia termasuk menggunakan pemandu ambulans dan juga petugas paramedik Hospital Pakar Putra.
“Milikan sementara ini selaras dengan Seksyen 4 : Permintaan Bagi Penggunaan Sumber, di mana Yang di-Pertuan Agong boleh meminta apa-apa sumber digunakan bagi apa-apa maksud yang difikirkannya perlu.
“Baginda boleh memberi apa-apa arahan berhubung penggunaan, pengurusan dan kawalan sumber kepada orang yang sumbernya diminta,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa bersiaran secara langsung menerusi Facebook rasmi Kerajaan Negeri Melaka mengenai Webinar Darurat 2021: Apa Yang Kita Perlu Kita Tahu, sebentar tadi.
Berita penuh menyusul
Views:
Related

Berita Lain
PERZIM PROMOSI MAKANAN TRADISIONAL MELAKA KEPADA PELANCONG ASING
BANDA HILIR 23 April - Suasana meriah sambutan Aidilfitri terus dirasai apabila Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) mengadakan rumah terbuka Aidilfitri...
ANUGERAH MELAKA MEMBACA DILANCARKAN
PENGKALAN BATU 23 April - Anugerah Melaka Membaca yang diperkenalkan Kerajaan Negeri adalah penghargaan kepada mereka yang menjadikan pembacaan sebagai...
LOJI AIR JUS MULA DIBINA MEI 2025
ASAHAN 23 April - Masalah tekanan air rendah yang membelenggu masyarakat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bakal berakhir apabila...
WARGA EMAS MAUT, RAKAN PATAH PAHA MOTOSIKAL BERTEMBUNG KERETA
RIM 22 April - Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal ditunganggnya terbabit kemalangan dengan sebuah kereta dalam kejadian di...
TUKANG GUNTING RAMBUT MAUT MOTOSIKAL TERBABAS
MERLIMAU 23 April - Tukang gunting rambut maut selepas motosikal ditunggangnya dipercayai terbabas sendiri di Jalan Melimau - Jasin, malam...
DASAR MESRA PENIAGA DI MELAKA BUKAN RUANG AMBIL KESEMPATAN
AYER KEROH 23 April - Peniaga di sekitar Bandaraya Melaka diingatkan agar mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang tindakan...