
Azwan buat hal lagi?
KUALA LUMPUR, 21 Jan. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat satu laporan berhubung rakaman video klip selebriti Azwan Ali, yang dikatakan memperlekeh Proklamasi Darurat yang diisytihar oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed yang mengesahkan polis telah menerima laporan berhubung video klip itu berkata, siasatan dibuat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

“Hari ini, Azwan Ali telah dipanggil ke pejabat USJT bagi membantu siasatan dan siasatan diteruskan untuk mengenal pasti pemilik akaun Facebook yang telah menularkan video klip berkenaan.
“PDRM menggesa orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform itu sehingga boleh mendatangkan kegentaran awam serta mengganggu gugat keharmonian negara,” katanya dalam kenyataan.
Rakaman video berdurasi 41 saat berkenaan telah ditularkan oleh seorang pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama ‘Zai Mikail’ pada 12 Januari lalu.- BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA DESTINASI PILIHAN PELABUR
SERI NEGERI 25 April - Kejayaan menarik pelaburan berkualiti, berimpak tinggi selari dengan kelestarian alam sekitar dan berupaya membuka banyak...
PASTIKAN SISTEM JALAN RAYA, ALIRAN TRAFIK DI MELAKA DALAM KEADAAN TERBAIK – TYT
SERI NEGERI 25 April - Sistem jalan raya dan aliran trafik di Melaka perlu sentiasa berada dalam keadaan terbaik, kata...
EKONOMI MELAKA BERKEMBANG PADA KADAR TIGA PERATUS
SERI NEGERI 25 April - Kadar Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Melaka direkodkan sebanyak RM46.9 bilion sepanjang 2023 menyumbang kepada...
TMM2024 POSISIKAN MELAKA DI PETA PELANCONGAN DUNIA
SERI NEGERI 25 April - Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam bangga dengan kejayaan Tahun...
USAHAWAN MELAKA PERLU MANFAAT PLATFORM DIGITAL
SERI NEGERI 25 April - Usahawan di Negeri Melaka digalak untuk memanfaatkan platform digital selari dengan ledakan perkembangan teknologi terkini....
SIDANG DUN MELAKA MENGENANG ALLAHYARHAM TUN ABDULLAH
SERI NEGERI 25 April - Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr.Mohd Ali Mohd Rustam, mengenang jasa Perdana Menteri Kelima,...