Polis nafi saman individu tidak pakai sarung tangan- Acryl Sani
KUALA LUMPUR, 21 Jan. – Tidak ada individu yang disaman kerana tidak memakai sarung tangan dalam penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan wabak COVID-19 seperti yang tular di media sosial semalam.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata setakat ini juga tidak ada peraturan yang mewajibkan pemakaian sarung tangan dalam SOP seperti yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“PDRM (Polis Diraja Malaysia) hanya menguatkuasakan peraturan seperti yang digariskan dalam SOP MKN.
“Sekiranya ada sebarang kekeliruan timbul bolehlah merujuk kepada Pegawai Bertugas Pusat Kawalan Malaysia Bukit Aman untuk pengesahan,” katanya kepada Bernama hari ini.
Acryl Sani berkata pemakaian sarung tangan tidak wajib tetapi PDRM menggalakkan pemakaiannya bagi membolehkan usaha mencegah pandemik itu dapat dilakukan dengan lebih berkesan.
Semalam, tular di laman sosial Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Mohd Fadzil Ali melaksanakan operasi penguatkuasaan SOP mencegah COVID-19 di daerah berkenaan dengan turut dipaparkan seorang pekerja wanita sebuah premis dikenakan saman ketika operasi itu.
Media hari ini melaporkan pekerja pasar raya di Presint 8, Putrajaya itu disaman bukan kerana tidak memakai sarung tangan tetapi kerana tidak mematuhi SOP lain.
Views:
Related
Berita Lain
MALIM JAYA LOKASI SAMBUTAN TAHUN BARU CINA MELAKA 2025
KESIDANG 9 Januari - Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025 akan diadakan di Jalan Rahmat 4, Taman...
KERAJAAN MELAKA CAKNA PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
AYER KEROH 9 Januari - Kemudahan infrastruktur dan fasiliti yang lengkap membantu kepada pemangkin dalam memperhebatkan sektor pendidikan di Melaka...
MENANGANI ‘KETEGANGAN MATA DIGITAL’
Oleh: Dr. Navpreet Sidhu Pakar Bedah Mata Putra Specialist Hospital Melaka PADA zaman kini, ketegangan mata digital atau lebih dikenali...
PEMANDU LORI PARAH, DUA CEDERA DALAM NAHAS DI KM 178.5
JASIN 9 Januari - Seorang parah, manakala dua lagi cedera ringan dalam nahas membabitkan dua buah lori dan sebuah kenderaan...
OPS KHAS GEMPUR TEKNIKAL: JPJ MELAKA AMBIL TINDAKAN 847 KENDERAAN, KELUAR 1,069 NOTIS
MELAKA, 9 Januari - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil tindakan ke atas 847 kenderaan dan mengeluarkan 1,069 notis atas pelbagai...
KAPAL TERBANG TENGAH BULATAN JADI TARIKAN BAHARU
DURIAN TUNGGAL 9 Januari - Replika kapal terbang yang menyerikan Bulatan Seri Bayan di hadapan Kawasan Industri Angkasa Nuri bakal...