Aziz Ujang meninggal dunia

Masa Membaca:43 Saat

AYER KEROH 19 Jan. – Bekas Pengurus Besar Institut Kajian Sejarah Dan Patriotisme Malaysia (IKSEP) yang kini dikenali sebagai Institut Tun Perak (ITP), Datuk Dr. Aziz Ujang dilaporkan meninggal dunia sebentar tadi.

Berita itu disahkan Ketua Pegawai Eksekutif ITP, Datuk Dr Sabri Mohamad Sharif ketika dihubungi Melaka Hari Ini (MHI) malam ini.

“Allahyarham meninggal dunia di Oriental Melaka Straits Medical Centre, Klebang, di sini sekitar lepas waktu Isyak tadi,” katanya ringkas.

Berita itu turut dikongsikan ITP melalui kenyataan di laman sosial Facebook rasminya malam ini.

“Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un. Menerima khabar mengenai kepulangan Allahyarham Datuk Dr. Hj Aziz bin Ujang, bekas Mantan Pengurus Besar IKSEP yang kini dikenali sebagai ITP telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Salam takziah kepada ahli keluarga Allahyarham. Al-Fatihah,” kata kenyataan itu.

Views:

2268
Kongsi :
Previous post Operasi cari dua nelayan dikhuatiri lemas dihentikan
Next post Kan dah kena cekup!
Ubah saiz-+=