
Gangguan bekalan 30 jam di Melaka Tengah mulai esok
AYER KEROH 18 Jan. – Gangguan bekalan air selama 30 jam dijadualkan berlaku di sekitar kawasan Melaka Tengah bermula esok.
Menerusi kenyataan dikeluarkan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) berkata, gangguan bekalan bermula 10 pagi esok dijangka berterusan sehingga 4 petang lusa berikutan kerja-kerja penyelenggaraan dilaksanakan agensi itu.
Jelasnya, penyelenggaraan membabitkan kerja-kerja sambungan paip 1,200 milimeter (mm) ke paip sedia ada bersaiz 900mm yang akan dilaksanakan di jalan Sidang Haji Rahim Parit Cina Semabok.
“Tujuan kerja-kerja penyambungan ini adalah bagi menaik taraf bekalan air dari Loji Air Merlimau ke kawasan Bandar Melaka untuk memastikan bekalan air yang disalurkan mencukupi semasa permintaan tinggi pada masa akan datang
“Pengguna terbabit diminta menyimpan bekalan air yang secukupnya,” katanya.
Menerusi kenyataan di laman Facebook SAMB, beberapa lokasi terjejas disenaraikan membabitkan Semabok Luar, Semabok Dalam, Melaka Raya, Kampung Atap dan Pertam Jaya, Seluruh Kawasan Padang Temu, Seluruh Kawasan Ujong Pasir dan sekitar.
Selain itu, Pangsapuri Tengkera Jaya, Flat Pantai Peringgit, Flat Siantan Kampung Lapan, Flat Ujung Pasir, Pangsapuri Parameswara Bandar Hilir, sekitar Banda Hilir, Kota Laksamana dan beberapa kawasan lain.
Views:
Related


Berita Lain
‘BUKAN RAYA BIASA’
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa suasana Hari Raya Aidilfitri bukan sekadar satu acara biasa, tetapi...
LALUAN SEHALA DI PEKAN DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 27 April - Pekan Durian Tunggal akan menjadi laluan sehala dalam usaha mengatasi masalah kesesakan trafik yang sudah...
PPSPM SUSUN PELBAGAI ACARA MENJELANG WTD 2025
BANDARAYA MELAKA 27 April - Pelbagai program menarik sedang disusun Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) bagi bersama-sama memeriahkan...
‘RAYA TAK RILEKS’ DUYONG KENA SERBU
DUYONG 27 April - Suasana penghujung Syawal terus membara di Duyong apabila lebih 10,000 pengunjung membanjiri Jamuan Raya Tak Rileks...
KBS LUPUS 30 GELANGGANG FUTSAL TERBIAR, KERUGIAN CECAH RM12 JUTA
MELAKA, 26 April - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melupus dan merobohkan 30 gelanggang sukan yang tidak diselenggara dengan...
NYAMUK BERWOLBACHIA KURANGKAN 70 PERATUS KES DENGGI DI MELAKA
TELOK MAS 26 April - Projek pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia di empat lokaliti di Negeri Melaka berjaya menurunkan 70 peratus...