
Moga nelayan segera ditemui
TELOK MAS 18 Jan. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua nelayan yang dilaporkan hilang di laut sejak keluar menjaring di perairan Selat Melaka sekitar Pulau Undan Rabu lalu, disambung jam 9 pagi tadi.
Setakat jam 12 tengah hari, operasi SAR diketuai Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka (JPBM) yang memasuki hari kedua belum menemukan kedua-dua nelayan terbabit, iaitu Ahmad Norizan Mohamad, 38, dan Irwan Radjab,47.
Turut membantu pencarian adalah anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) JBPM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta Jabatan Laut Malaysia.
Tinjauan mendapati Pengarah JBPM Melaka, Abu Obaidat Mohamad turut menaiki helikopter dari Unit Udara JBPM Subang
bagi membuat pemantauan dari udara.
Helikopter berkenaan berlepas dari padang Sekolah Menengah Padang Temu, jam 11 pagi.

Melaka Hari Ini semalam melaporkan kedua-dua nelayan terbabit berpangkalan di Jeti Nelayan Padang Temu, dekat sini, keluar ke laut pada Rabu lalu dan masih tidak pulang ke rumah sehingga kini.
Mengikut maklumat nelayan, bot dinaiki mangsa dilihat kali terakhir berhampiran Pulau Undan, dekat sini pada hari sama.
Berita lanjut menyusul
Views:
Related

Berita Lain
KES BUNUH WANITA DAN ANAK SAUDARA, POLIS RAKAM KETERANGAN LIMA SAKSI
KUALA LUMPUR 27 April - Lima saksi termasuk jiran serta ahli keluarga seorang wanita dan anak saudaranya yang ditemukan mati...
BERAYA DI DUYONG JADI TRADISI RAKYAT SETIAP TAHUN
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa penganjuran itu bukan sekadar majlis untuk bersama-sama meraikan Aidilfitri bukan,...
BUKTIKAN ANDA JUGA BOLEH BERJAYA – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 27 April - Percaya kepada diri sendiri, bersemangat untuk terus belajar, menerima nasihat dan sentiasa berusaha memperbaiki diri...
MELAKA KOMITED MENCORAK PEMIMPIN MUDA BERWIBAWA
TANJUNG BIDARA 27 April - Melahirkan lebih ramai pemimpin muda berwibawa dan kaya dengan pelbagai idea segar yang mampu memberikan...
‘BUKAN RAYA BIASA’
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa suasana Hari Raya Aidilfitri bukan sekadar satu acara biasa, tetapi...
LALUAN SEHALA DI PEKAN DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 27 April - Pekan Durian Tunggal akan menjadi laluan sehala dalam usaha mengatasi masalah kesesakan trafik yang sudah...