Sorting by

×

Tak serik simpan burung murai batu

Masa Membaca:42 Saat

JOHOR BAHRU 17 Jan. – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan) menahan seorang lelaki serta merampas 97 burung murai batu termasuk 35 yang sudah mati dalam satu operasi di Felda Bukit Waha, dekat Kota Tinggi, semalam.

Pengarah Perhilitan Johor, Salman Saaban berkata, suspek berumur 43 tahun itu ditahan selepas didapati menyimpan burung berkenaan tanpa dokumen yang sah.

“Lelaki berkenaan pernah ditahan pada 9 Disember lalu di Teluk Ramunia kerana cuba menyeludup burung murai batu ke negara jiran membabitkan rampasan sebanyak 260 ekor burung berkenaan.

“Kes itu masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Salman berkata semua rampasan dibawa ke Pejabat Perhilitan Bandar Penawar, Johor untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 60 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM50,000 atau penjara hingga dua tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Views:

1850
Kongsi :
Previous post Pejabat MHI disanitasi kali kedua
Next post Mana ada PKP di Kedah!
Ubah saiz-+=