
Pejabat MHI disanitasi kali kedua
AYER KEROH 17 Jan. – Pejabat Melaka Hari Ini (MHI) disanitasi kali kedua
hari ini sebagai langkah memastikan persekitaran kerja warganya sentiasa terjamin dan bebas daripada jangkitan virus COVID-19.
Langkah itu diambil pengurusan MHI atas pertimbangan peningkatan tinggi kes harian jangkitan wabak itu yang membimbangkan apabila kekal merekodkan empat angka sejak November lalu.
Proses sanitasi dilakukan pasukan bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Ayer Keroh dengan kekuatan seramai lima anggota.

Kerja-kerja sanitasi bermula pada jam 9.50 pagi dan mengambil masa kira-kira 15 minit.
Kali pertama pejabat MHI disanitasi pada 6 November lalu.
Untuk rekod Malaysia mencatat 4,029 kes baharu jangkitan COVID-19 semalam-angka harian tertinggi sepanjang pandemik itu melanda negara.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dipetik berkata, jumlah itu membabitkan 4,021 kes tempatan dan lapan kes import sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 155,095.
Views:
Related


Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...