Sorting by

×

Muhyiddin sanjung jasa Tun Salleh Abas perkasa institusi kehakiman negara

Masa Membaca:38 Saat

KUALA LUMPUR, 16 Jan.- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga bekas Ketua Hakim Negara, Tun Dr Mohamed Salleh Abas yang telah kembali ke rahmatullah, pagi ini.

Dalam hantaran di laman Facebooknya, perdana menteri berasa sedih atas pemergian Allahyarham dan mendoakan keluarga Allahyarham tabah menghadapi detik yang mendukacitakan itu.

“Bagi pihak kerajaan, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih atas sumbangan Allahyarham dalam memperkasa dan mengangkat integriti institusi kehakiman sepanjang berkhidmat selaku Ketua Hakim Negara pada 1984 hingga 1988.

“Sama-samalah kita berdoa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Amin,” katanya.

Allahyarham yang berusia 91 tahun meninggal dunia akibat pneumonia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, pada 3.20 pagi tadi.

Views:

873
Kongsi :
Previous post Allahyarham Tun Salleh Abas tegas dalam pentadbiran, prihatin aduan rakyat
Next post Peniaga sayur dikompaun RM1,000 langgar SOP
Ubah saiz-+=