PKP 2.0: Panorama Melaka, hadkan operasi di sembilan laluan
AYER KEROH 15 Jan. – Perkhidmatan bas henti-henti Panorama Melaka dan Pusat Servis Proton Panorama Melaka beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.
Pengurus Besar Panorama Melaka Sdn Bhd, Datuk Abu Bakar Abdul berkata, bagaimanapun operasi bas itu bermula jam 6 pagi hingga 8 malam hanya meliputi sembilan laluan saja.
“Laluan itu melibatkan Melaka Sentral-Masjid Tanah, Melaka Sentral-Pantai Kundur, Melaka Sentral-Pulau Gadong dan Melaka Sentral-Bukit Rambai.
“Selain itu, Melaka Sentral-Mitc 24A, Melaka Sentral-Mitc 24B, Melaka Sentral-Pasar & Hospital, Melaka Sentral-Tampin dan Melaka Sentral-Ujong Pasir,” katanya.
Katanya, pihaknya akan memaklumkan dari semasa ke semasa jika terdapat sebarang perubahan waktu operasi dan pembukaan semula operasi laluan lain yang dibuat secara berperingkat.
“Pembukaan laluan sedia ada akan dilaksanakan secara berperingkat tertakluk arahan kerajaan negeri dan nasihat Jabatan Kesihatan Negeri Melaka.
“Ia dilaksanakan dengan berhati-hati dengan aspek keselamatan penumpang dan staf Panorama Melaka sebagai kriteria utama,” katanya.
Abu Bakar meminta supaya setiap pengguna perkhidmatan bas panorama merancang perjalanan dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
Views:
Related
Berita Lain
MALIM JAYA LOKASI SAMBUTAN TAHUN BARU CINA MELAKA 2025
KESIDANG 9 Januari - Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025 akan diadakan di Jalan Rahmat 4, Taman...
KERAJAAN MELAKA CAKNA PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
AYER KEROH 9 Januari - Kemudahan infrastruktur dan fasiliti yang lengkap membantu kepada pemangkin dalam memperhebatkan sektor pendidikan di Melaka...
MENANGANI ‘KETEGANGAN MATA DIGITAL’
Oleh: Dr. Navpreet Sidhu Pakar Bedah Mata Putra Specialist Hospital Melaka PADA zaman kini, ketegangan mata digital atau lebih dikenali...
PEMANDU LORI PARAH, DUA CEDERA DALAM NAHAS DI KM 178.5
JASIN 9 Januari - Seorang parah, manakala dua lagi cedera ringan dalam nahas membabitkan dua buah lori dan sebuah kenderaan...
OPS KHAS GEMPUR TEKNIKAL: JPJ MELAKA AMBIL TINDAKAN 847 KENDERAAN, KELUAR 1,069 NOTIS
MELAKA, 9 Januari - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil tindakan ke atas 847 kenderaan dan mengeluarkan 1,069 notis atas pelbagai...
KAPAL TERBANG TENGAH BULATAN JADI TARIKAN BAHARU
DURIAN TUNGGAL 9 Januari - Replika kapal terbang yang menyerikan Bulatan Seri Bayan di hadapan Kawasan Industri Angkasa Nuri bakal...