Gempa di Sulawesi Barat ragut tiga nyawa
JAKARTA, 15 Jan. – Gempa bumi kuat 6.2 Skala Richter di Sulawesi Barat, Indonesia, awal pagi tadi, dikhuatiri mengorbankan lebih ramai mangsa dengan tiga disahkan maut setakat ini, berikutan berlakunya runtuhan rumah dan bangunan.
Menurut kenyataan Badan Pengurusan Bencana Daerah (BNPD) Kabupaten Majene dan Polewali Mandar, berdasarkan data sementara yang diperoleh, setakat 9 pagi ini, tiga disahkan meninggal dunia, 24 cedera dan lebih 60 rumah dan bangunan runtuh.
Pasukan mencari dan menyelamat dilaporkan sedang mengesan mangsa-mangsa yang dipercayai masih terperangkap di bawah runtuhan.
Menurut Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia, gempa bermagnitud 6.2 Skala Richter itu berlaku jam 1.28 pagi waktu Indonesia barat, berpusat di 6km Timur Laut-Majene-Sulawesi Barat pada kedalaman 10km.
Sejak semalam, kawasan berkenaan merekodkan beberapa siri gempa bermagnitud sederhana di bawah 6 Skala Richter.
Menurut BNPD Kabupaten Majene dan Polewali Mandar, gempa itu berlaku sekitar lima hingga enam saat, menyebabkan penduduk di kawasan berkenaan panik dan bergegas keluar dari rumah.
Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak mencetuskan ancaman tsunami dan setakat ini dilaporkan lebih 2,000 penduduk ditempatkan di pusat pemindahan sementara.
Views:
Related
Berita Lain
ANGKAT NASKHAH AGUNG SULALATUS SALATIN JADI SENI VISUAL
BANDA HILIR 10 Januari - Peminat sejarah yang ingin menyelami keagungan sejarah dan warisan Melayu boleh hadir ke Pameran Manifestasi:...
TANGANI 4 ‘HOTSPOT’ BANJIR DI PANTAI KUNDOR
PANTAI KUNDOR 10 Januari - Usaha menangani pemasalahan banjir di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor terus diberi perhatian...
MACAM-MACAM ADA SEMPENA ULANG TAHUN KE-18 PERBANDARAN JASIN
JASIN 10 Januari - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyediakan pelbagai program dan aktiviti sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-18 Perbandaran Jasin...
MALIM JAYA LOKASI SAMBUTAN TAHUN BARU CINA MELAKA 2025
KESIDANG 9 Januari - Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025 akan diadakan di Jalan Rahmat 4, Taman...
KERAJAAN MELAKA CAKNA PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
AYER KEROH 9 Januari - Kemudahan infrastruktur dan fasiliti yang lengkap membantu kepada pemangkin dalam memperhebatkan sektor pendidikan di Melaka...
MENANGANI ‘KETEGANGAN MATA DIGITAL’
Oleh: Dr. Navpreet Sidhu Pakar Bedah Mata Putra Specialist Hospital Melaka PADA zaman kini, ketegangan mata digital atau lebih dikenali...