
Pendaftaran suntikan vaksin COVID-19 dibuka tidak lama lagi
KUALA LUMPUR, 15 Jan. – Pendaftaran suntikan vaksin COVID-19 untuk rakyat Malaysia akan dibuka tidak lama lagi, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
Katanya setiap individu akan menerima dua dos vaksin bagi memastikan perlindungan penuh daripada jangkitan virus itu.
“Mereka yang menerima vaksin perlu menyimpan kad yang akan kita berikan ketika kali pertama mereka diberi suntikan.
“Ini bagi memastikan mereka yang telah disuntik mendapat dos kedua mengikut tarikh yang telah ditetapkan, biasanya dalam julat 21 hari,” katanya semasa menjadi tetamu program Bicara DR di RTM 1 malam tadi.
Dr Adham bagaimanapun tidak berkongsikan tarikh pendaftaran akan dibuka.
Pada masa sama beliau menegaskan penerima vaksin tetap perlu mengamalkan norma baharu bagi memastikan perlindungan optimum.
Ini kerana katanya matlamat utama imunisasi COVID-19 ialah bagi melindungi petugas barisan hadapan, mengurangkan kematian, membentuk imuniti kelompok dan seterusnya memutuskan rantaian jangkitan pandemik itu.
Malaysia dijadualkan menerima vaksin Pfizer-BioNTech pada akhir Februari ini dan telah memperoleh kelulusan bersyarat daripada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan.
Views:
Related

Berita Lain
JURUTERA RUGI LEBIH RM1.1 JUTA ANGKARA PELABURAN TIDAK WUJUD
KUANTAN 22 April - Seorang jurutera lelaki kerugian lebih RM1.1 juta selepas terperdaya pelaburan tidak wujud menerusi laman web, hujung...
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...
SUNGAI RAMBAI LOKASI PENGANJURAN FESTIVAL HELLO KOMODITI 2025
SUNGAI RAMBAI 22 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sekali lagi dipilih menjadi lokasi karnival peringkat kebangsaan menerusi...