Kedai dobi layan diri di kawasan PKP boleh beroperasi
KUALA LUMPUR, 14 Jan. – Kerajaan hari ini bersetuju membenarkan kedai dobi layan diri dalam kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk beroperasi dari 6 pagi hingga 8 malam.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun berkata, pengusaha premis dobi layan diri perlu memastikan pelanggan mematuhi kesemua prosedur operasi standard (SOP) langkah pencegahan COVID-19.
“Kedai dobi layan diri dibenarkan beroperasi dengan syarat terdapat seorang pekerja yang memantau dan menjaga SOP.
“Antaranya melakukan saringan suhu badan kepada pelanggan sebelum masuk, mengimbas kod QR MySejahtera, memakai pelitup muka, menyediakan cecair pembasmi kuman, memastikan penjarakan fizikal dan tidak bersesak,” katanya pada sidang media perkembangan PKP di Kementerian Pertahanan hari ini.
Ismail Sabri berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan memantau pematuhan SOP oleh kedai dobi layan diri tersebut.
Kerajaan sebelum ini mengeluarkan SOP membenarkan kedai dobi untuk beroperasi di kawasan PKP kecuali dobi layan diri kerana tiada pengawasan di premis berkenaan.
PKP dilaksanakan di enam negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah mulai 13 hingga 26 Jan ini. BERNAMA
Views:
Related
Berita Lain
TIGA AMANAT KETUA MENTERI KEPADA MCORP
BANDARAYA MELAKA 8 Januari - Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menekankan tiga perkara penting dalam amanat khasnya...
MELAKA CATAT NILAI PELABURAN RM5 BILION
BANDARAYA MELAKA 7 Januari - Melaka mencatat nilai pelaburan sebanyak RM5 bilion setakat September 2024, sekali gus membuktikan negeri ini...
POLIS JEMPOL MINTA BANTUAN KESAN WARGA EMAS HILANG HAMPIR TIGA BULAN LEPAS
SEREMBAN 7 Januari - Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar...
ANAK POKOK KELAPA PERCUMA DI KARNIVAL PERTANIAN MASJID TANAH 2025
TANJUNG BIDARA 7 Januari - Pelbagai aktiviti menarik termasuk agihan 3,000 anak pokok kelapa kepada pengunjung yang hadir diatur bagi...
JOM MUAT TURUN APLIKASI ASAHAN SEJAHTERA
ASAHAN 7 Januari - Aplikasi Asahan Sejahtera dilancarkan pertengahan Disember lalu dijangka akan memberikan manfaat kepada 20,000 penduduk Dewan Undangan...
AMARAN HUJAN BERTERUSAN TAHAP WASPADA DI ENAM NEGERI – METMALAYSIA
KUALA LUMPUR 7 Januari - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri...