Istiadat Penganugerahan Bintang dan Pingat Kebesaran MGBM kali ke-41 ditunda.
Masa Membaca:25 Saat
AYER KEROH 14 Jan. – Istiadat Penganugerahan Bintang dan Pingat Kebesaran Majlis Gabungan Belia Melaka kali ke-41 yang dijadualkan 16 Januari ini telah ditunda pada satu tarikh diumumkan kelak.
Menerusi kenyataan dikeluarkan MGBM, ia ditunda berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas pengumuman Perutusan Khas Perdana Menteri pada 11 Januari lalu.
“Sekretariat MGBM ingin mengambil perhatian pihak berkaitan berhubung penundaan tarikh istiadat tersebut ke suatu ketetapan yang akan dimaklumkan kelak.
“Sebarang urusan berkaitan perlaksanaan istiadat boleh terus menghubungi pihak sekretariat di talia 014-6144044,”katanya.
Views:
976