
Ibu Fadillah Yusof meninggal dunia
PETRA JAYA 13 Jan. – Ibu kepada Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, iaitu Hajah Dayang Rosnah Abang Madeli, meninggal dunia pada usia 90 tahun di kediamannya di PJ Heights, Petra Jaya, Sarawak jam pada jam 6.39 petang tadi.
Menurut kenyataan di Facebook rasmi Fadillah Yusof sebentar tadi, jenazah Allahyarhamah akan dikebumikan esok di Tanah Perkuburan Islam Semariang, di sini.
“Jenazah Allahyarhamah akan disolatkan di Masjis Ikhwanul Islam, Taman Sukma jam 9.30 pagi esok, 14 Januari 2021 dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang.
“Kepada mereka yang ingin menziarahi Allahyarhamah bolehlah ke Masjid Ikhwanul Islam, Taman Sukma pada pagi esok,” jelas kenyataan tersebut.
Difahamkan Allahyarhamah meninggalkan 13 anak dengan Fadillah adalah anak ke-9 daripada 14 beradik.
Salah seorang anaknya meninggal dunia ketika berusia tujuh tahun.
Views:
Related

Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...

