
‘Sekarang masih berlembut, tunggu dua hari lagi’
AYER KEROH 13 Jan. – Polis Melaka masih mengamalkan pendekatan berlembut pada tiga hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP 2.0) bagi mendidik masyarakat.
Bagaimanapun, Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Majid Mohd Ali menegaskan, selepas tempoh itu pihaknya akan bersikap lebih tegas mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan undang-undang ditetapkan.
“Sebagaimana kita maklum, kerajaan lebih memandang serius PKP 2.0 ini memandangkan kes jangkitan harian COVID-19 semakin meningkat sehingga mencecah angka 3,000 kes.
“Untuk tiga hari pertama PKP 2.0 di negeri ini, kita masih beri kelonggaran kepada masyarakat untuk memastikan mereka faham SOP ditetapkan.
“Namun, selepas tempoh itu, penguatkuasaan yang benar-benar tegas secara 100 peratus akan dijalankan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melakukan tinjauan sekatan jalan raya (SJR) di Taman Sutera Wangi, Batu Berendam, di sini, hari ini.
Abdul Majid memaklumkan pihaknya turut mewujudkan pasukan pematuhan bagi memantau aspek pematuhan SOP di kawasan tumpuan.
Katanya, 282 anggota dan pegawai daripada 77 pasukan pematuhan akan ditempatkan sepanjang tempoh PKP 2.0 ini dikuatkuasakan.
Views:
Related

Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...