Sorting by

×

PKP 2.0: ‘Beli makanan’ antara alasan rentas daerah

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

AYER KEROH 13 Jan. – Keluar untuk membeli makanan merupakan antara alasan yang diberikan dalam cubaan untuk merentas daerah pada hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP 2.0) di negeri ini.

Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata itu merupakan antara adegan yang diterima pihaknya selepas menguatkuasakan sekatan jalan raya (SJR) bermula tengah malam tadi.

Menurutnya, sepanjang tempoh tempoh tujuh jam pelaksanaan SJR, sebanyak 4,218 kenderaan telah diperiksa, 48 diarah berpatah balik dan lima kompaun telah dikeluarkan.

“Sebab kita arahkan berpatah balik kerana kita dapati alasan yang diberikan oleh pemandu itu tidak begitu kukuh. Contohnya ada yang cuba merentas sempadan untuk beli makanan walaupun di kawasan tempat tinggal mereka masih boleh mendapatkan bekalan yang sama.

“Dalam SOP, walaupun dlm SOP ditetapkan bahawa kita boleh menjalankan aktiviti itu 10 kilometer (km) radius, tetapi bekalan makanan atau keperluan harian perlu didapatkan di tempat terdekat sahaja, kecuali jika bekalan makanan atau perubatan itu tiada di tempat terdekat, barulah radius lebih 10 km kita ambil kira,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau SJR di Jalan Taman Sutera Wangi, Batu Berendam, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Majid memaklumkan sebanyak 25 SJR dilaksanakan di seluruh Melaka, merangkumi 14 SJR tetap dan 11 SJR bergerak (mobile).

Jelasnya, seramai 700 anggota telah ditempatkan di kesemua SJR itu yang akan berfungsi selama 24 jam setiap hari.

“Kita memberi penekanan dalam mengawal ketat semua lorong tikus yang dikesan di setiap daerah bagi mengelak aktiviti rentas daerah dan negeri selain mengekang pergerakan keluar masuk pendatang asing tanpa izin.

“Selain itu sebanyak 77 pasukan pematuhan dengan kekuatan 282 pegawai dan anggota akan digerakkan sepanjang tempoh dua minggu PKP sehingga 26 januari ini,” katanya lagi.

Views:

522
Kongsi :
Previous post Taska, Tadika dibenar operasi tetapi perlu dapat kebenaran – Latipah
Next post PKP2.0: ‘Dua minggu yang sangat penting’ – Rahmad
Ubah saiz-+=