Sorting by

×

Lima kompaun dikeluarkan hari pertama PKP

Masa Membaca:40 Saat

AYER KEROH 13 Jan – Polis Melaka mengeluarkan lima kompaun terhadap orang awam kerana tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam sekatan jalan raya (SJR) malam tadi.

Pegawai Bahagian Pengurusan Hal Ehwal Awam dan Pesara Polis, Asisten Superintendan Suhaimi Ahmad berkata, kompaun yang dikeluarkan itu hasil daripada pemeriksaan polis terhadap sekatan jalan raya dijalankan bermula jam 12 tengah malam tadi.

Menurutnya, 15 SJR dilaksanakan di sempadan daerah dan negeri bagi menguatkuasa perintah berkenaan.

“Pada malam tadi 4,214 kenderaan diperiksa menerusi jalan keluar masuk dari Melaka dan polis mengeluarkan lima kompaun,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Suhaimi berkata, keseluruhannya 100 anggota terbabit dalam 15 SJR yang dijalankan di seluruh Melaka.

“Ia membabitkan 53 pegawai dan anggota polis yang dibantu 29 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan 18 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA),” katanya.

Views:

620
Kongsi :
Previous post Abang ‘tukar nyawa’ dengan adik
Next post MPAG sedia 12 tong kitar semula sisa fabrik
Ubah saiz-+=