Sorting by

×

‘Satu keluarga, dua ekor ayam’

Masa Membaca:57 Saat

AYER KEROH 12 Jan. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka meminta semua peruncit serta pasaraya mengehadkan pembelian barangan keperluan harian bagi mengelakkan pembelian panik.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Wira Ismail Othman berkata, ia meliputi lapan jenis barangan keperluan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 bermula Rabu ini.

“KPDNHEP Melaka dah keluarkan surat supaya tujuh pasaraya serta 8,000 peruncit di negeri ini untuk hadkan pembelian barangan keperluan.

“Barangan itu termasuk gula, tepung gandum, minyak masak (subsidi), minyak masak (bukan subsidi), telur, beras, roti puti dan ayam,” katanya selepas mengadakan tinjauan pembelian panik di Pasaraya Mydin, di sini, hari ini.

Ujarnya, bekalan barang keperluan di negeri ini mencukupi, namun dihadkan bagi memastikan semua pengguna dapat membeli sama rata.

“Bermula esok, ayam mentah boleh dibeli dua ekor untuk satu keluarga, minyak masak dua paket bagi setiap keluarga, roti putih satu bungkus bagi setiap jenama dan lain-lain seperti dinyatakan,” katanya.

Ismail berkata, orang ramai dinasihatkan tidak membuat pembelian panik memandangkan bekalan barangan keperluan di negeri ini mencukupi sepanjang PKP 2.0 dilaksanakan.

Hadir sama, Pengarah KPDNHEP Melaka, Norena Jaafar.

Views:

780
Kongsi :
Previous post Empat PKRC baharu diwujudkan jika kes COVID-19 ‘melimpah’
Next post Mengaku miliki 60 peluru, penganggur didenda RM2,500
Ubah saiz-+=