
Aktiviti sosial sewaktu PKP tidak dibenarkan – PM
KUALA LUMPUR 11 Jan – Aktiviti sosial melibatkan perkumpulan beramai-ramai seperti kenduri kahwin, persidangan, perarakan keagamaan termasuk Thaipusam, mesyuarat, seminar, kursus dan sukan berkumpulan tidak dibenarkan sama sekali semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata langkah itu penting bagi mengurangkan risiko jangkitan dan memutuskan rantaian COVID-19 ini.
“Bagaimanapun bagi Perlis dan Sarawak di bawah pelaksanaan PKP Pemulihan (PKP-P), aktiviti sosial adalah dibenarkan, tertakluk kepada pematuhan SOP yang ketat,” katanya dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung di stesen-stesen televisyen tempatan.
Beliau berkata pergerakan rentas negeri sewaktu PKP tidak dibenarkan di seluruh negara manakala bagi kawasan PKP, pergerakan rentas daerah juga tidak dibenarkan.
Perdana Menteri berkata susulan larangan pergerakan merentas negeri dan daerah ini, operasi sekatan jalan raya akan mula berkuatkuasa pada pukul 12.01 tengah malam, Rabu, 13 Jan. – BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...
SUNGAI RAMBAI LOKASI PENGANJURAN FESTIVAL HELLO KOMODITI 2025
SUNGAI RAMBAI 22 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sekali lagi dipilih menjadi lokasi karnival peringkat kebangsaan menerusi...
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...