
Dua suspek kes samun empat negeri ditahan, seorang diburu
KESIDANG 11 Jan – Sepasang kekasih dipercayai aktif melakukan kegiatan samun dan curi kenderaan di empat negeri termasuk negeri ini diberkas di sebuah hotel bajet di Jalan Kesidang, di sini, hari ini.
Bagaimanapun, seorang suspek berjaya meloloskan diri ketika serbuan oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) daerah Melaka Tengah itu.
Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, dalam serbuan jam 12.40 tengah hari itu pihaknya mengesan tiga suspek di hotel terbabit.
Katanya, menyedari kehadiran polis, ketiga-tiga suspek bertindak melarikan sebelum seorang daripada mereka cuba merempuh kenderaan polis dan menyebabkan seorang anggota polis cedera di tangan.
“Berikutan itu pihak polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan yang mengenai tayar kereta PERODUA Myvi dinaiki suspek.
“Dua suspek berjaya masing-masing lelaki berusia 38 dan teman wanitanya, 42 tahun, namun seorang lagi suspek lelaki berusia 34 tahun berjaya melarikan diri,” katanya ditemui di lokasi kejadian di sini sebentar tadi.
Berita lanjut menyusul
Views:
Related

Berita Lain
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...
JURUTERA RUGI LEBIH RM1.1 JUTA ANGKARA PELABURAN TIDAK WUJUD
KUANTAN 22 April - Seorang jurutera lelaki kerugian lebih RM1.1 juta selepas terperdaya pelaburan tidak wujud menerusi laman web, hujung...
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...