
Kaunter agensi perlu beroperasi sepenuh masa
AYER KEROH 10 Jan.- Bagi mempertingkatkan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan dalam sektor awam, kerajaan negeri menyeru perkhidmatan kaunter disediakan agensi di negeri ini perlu beroperasi sepenuh masa.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md. Ali berkata, perkara itu bagi memastikan setiap perkhidmatan ditawarkan mampu memudahkan dan memberi keselesaan kepada rakyat.
“Saya begitu serius tentang perkara ini malah ada menerima aduan melalui Facebook berhubung masalah perkhidmatan kaunter yanng ditutup pada waktu rehat bagaimanapun ia perlu beroperaai dan menjalankan kaedah kerja penggiliran bagi memastikan perkhidmatan kakitangan awam terus sampai kepada rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Amanat Ketua Menteri Sempena Tahun Baharu 2021 dan Pra Pelancaran Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035 diadakan di Dewan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), pagi ini.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr. Hasim Hasan, Barisan Pengerusi Jawatankuasa Negeri Melaka serta tetamu lain.
Views:
Related

Berita Lain
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...
JURUTERA RUGI LEBIH RM1.1 JUTA ANGKARA PELABURAN TIDAK WUJUD
KUANTAN 22 April - Seorang jurutera lelaki kerugian lebih RM1.1 juta selepas terperdaya pelaburan tidak wujud menerusi laman web, hujung...
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...