Melaka, SKMM dan TM bincang pendigitalan pembangunan M-WEZ

Masa Membaca:47 Saat

CYBERJAYA 8 Jan. – Beberapa kerjasama dibincangkan antara kerajaan negeri dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Telekom Malaysia (TM) pada lawatan kerja  di Pejabat SKMM di Cyberjaya, di sini petang tadi.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md. Ali dalam kenyataaan berkata, lawatan terbabit bagi membincangkan segala kerjasama yang akan dijalinkan demi membangunkan pendigitalan di kawasan pembangunan Melaka Waterfront Economic Zone (M-WEZ).

“Pertemuan ini cukup penting serta membuktikan kesungguhan dan komitmen kerajaan Melaka dalam merealisasikan pembangunan koridor baharu M-WEZ di Melaka pada masa depan,” katanya.

Ketibaan delegasi kerajaan negeri tepat jam 3 petang tadi yang turut disertai Setiausaha Kerajaan Negeri  Datuk Seri Dr. Hasim  Hasan dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Datuk Salhah Salleh disambut Pengerusi SKMM, Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek.

Pertemuan itu turut dihadiri, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan M-WEZ, Mohd Yusof Abu Bakar dan Timbalannya, Rafidah Jaafar serta Ketua Pegawai Operasi TM Berhad, Ir. Ts. Azizi A. Hadi.

Views:

1088
Kongsi :
Previous post Terjun dari tingkat 18: Pelajar universiti dipercayai bunuh diri akibat cemburu
Next post Banjir: Lebih 43,000 masih ditempatkan di PPS di lima negeri
Ubah saiz-+=