PKM: 29 pesalah sudah jalani hukuman – JKM
AYER KEROH 7 Jan. – Seramai 29 pesalah Jabatan Khidmat Masyarakat (JKM) di negeri ini telah dijatuhkan hukuman Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) oleh mahkamah sehingga November lalu.
Pengarah Jabatan Kebajikan Melaka (JKM) Burhanuddin Bachik berkata, ia membabitkan 24 pesalah muda, empat kanak-kanak dan seorang pesalah dewasa berusia antara 18 hingga 21 tahun.
Menurutnya, kesalahan terbanyak dilakukan membabitkan kesalahan lalu lintas iaitu lumba haram dan curi di dalam premis.
“Manakala bagi statistik kes pelatih PKM pula merekodkan seramai 54 orang sehingga November lalu dengan pecahan 49 lelaki dan empat perempuan.
“Daripada jumlah itu, 43 adalah pesalah muda, kanak-kanak (7), manakala tiga dewasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tambahnya, bagi pesalah dewasa adalah kes berkaitan penderaan atau pengabaikan kanak-kanak di bawah Akta Kanak-kanak 2001 (pindaan) 2016.
“PKM merupakan satu hukuman alternatif kepada pemenjaraan, bertujuan memberi pemulihan dan mencegah pesalah daripada mengulangi kesalahan jenayah pada masa hadapan.
“Hukuman sebegini mewujudkan ruang bagi pesalah muda membuat pemulihan akhlak, mendisplinkan diri dan berasa bertanggungjawab untuk menghabiskan jam aggregate perintah sekaligus memberi faedah kepada masyarakat,” jelasnya.
Views:
Related
Berita Lain
15,000 DIJANGKA ‘SERBU’ PANTAI TANJUNG BIDARA
SUNGAI UDANG 11 Januari - Kira-kira 15,000 orang dijangka memeriahkan acara kemuncak Kejohanan Sukan Dua Jiwa Satu Hati dan Sukan...
MELAKA SASAR 10 PERATUS MASYARAKAT SERTAI SRS
KUALA LINGGI 11 Januari - Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Melaka menyasarkan 10 peratus masyarakat di negeri...
BAJET 2025 MELAKA CAKNA ORANG ASLI
SUNGAI UDANG 11 Januari - Seramai 28 Tok Jekerah termasuk Tok Jenang dari perkampungan Orang Asli di kawasan Dewan Undangan...
SUKAN LAMBANG PERPADUAN ORANG MELAKA
SUNGAI UDANG 11 Januari - Penganjuran Kejohanan Sukan Dua Jiwa Satu Hati dan Sukan Antara Badan Beruniform Piala Ketua Menteri...
MELAKA ANJUR 2 PROGRAM SUKAN LIBAT LEBIH 6,200 RAKYAT, BADAN BERUNIFORM
SUNGAI UDANG 11 Januari - Lebih 6,200 peserta akan mengambil bahagian dalam dua kejohanan sukan iaitu Sukan Dua Jiwa Satu...
PERMATA TERSEMBUNYI KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 11 Januari - Di sebalik populariti beberapa pantai tersohor di negeri Melaka seperti Pantai Puteri, Pengkalan Balak dan...