
COVID-19: Kes harian tertinggi dengan 3,027 kes baharu, lapan kematian
KUALA LUMPUR, 7 Jan – Genap seminggu memasuki tahun 2021, Malaysia mencatatkan kes harian COVID-19 tertinggi baharu iaitu sebanyak 3,027 kes dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif sebanyak 128,465 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata bilangan kes COVID-19 yang sembuh bagi tempoh sama adalah 2,145 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 102,723 kes.
“Daripada keseluruhan kes baharu, kes penularan tempatan adalah sebanyak 3,021 kes manakala kes import adalah enam. Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 25,221 kes,” katanya menerusi Twitter rasmi beliau hari ini. – BERNAMA
Berita penuh menyusul
Views:
Related

Berita Lain
SAMB BERI KEBENARAN SEWA TANAH KEPADA MITCH BINA PENCAWANG, TIDAK GANGGU BEKALAN AIR
Seri Negeri 29 April - Kebenaran menyewa tanah milik Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) bagi pembinaan pencawang telekomunikasi oleh Melaka...
KUALA SUNGAI BARU KINI ANTARA LIMA PEKAN UTAMA DAERAH ALOR GAJAH
SERI NEGERI 29 April - Meskipun lokasinya berada di hujung Utama Melaka, Kuala Sungai Baru kini menjadi antara lima pekan...
TIADA KLUSTER ‘ILI’ DIREKODKAN DI MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Tiada sebarang kluster berkaitan kes Penyakit Seperti Influenza (ILI) direkodkan di Negeri Melaka setakat ini....
TIADA PERTUKARAN, HANYA PERHALUSI PORTFOLIO EXCO – KM
SERI NEGERI 29 April - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sedang memperhalusi portfolio-portfolio barisan Exco Kerajaan Negeri....
TUDUHAN DEMI TUDUHAN, JEMU DENGAN FITNAH POLITIK BERULANG – AB RAUF
SERI NEGERI 29 April - Audio mirip suara Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang tular disifatkan...
DUA SYARAT UNTUK PENTERNAK BABI PAYA MENGKUANG
SERI NEGERI 29 April - Penternak babi di Paya Mengkuang, Kuala Sungai Baru perlu mematuhi dua syarat ketat yang ditetapkan...