Sorting by

×

Pembinaan Rumah Mampu Milik diperkasa tahun ini

Masa Membaca:47 Saat

AYER KEROH 6 Jan. – Lembaga Perumahan Melaka (LPM) menerima kelulusan pembelian tanah seluas 80.937 hektar bagi projek pembangunan Rumah Mampu Milik (RMM) Melaka tahun 2021.

Pengarah Eksekutif LPM, Mohd Salleh Hamidom berkata, ia selaras dengan permintaan RMM yang menggalakkan setiap tahun.

“Kita dah ada perancangan untuk bangunkan sendiri projek rumah kerana sebelum ini banyak usahasama dengan pemaju-pemaju perumahan.

“InsyaAllah mulai tahun ini kita pun dah tubuhkan anak syarikat jadi, kita akan bangunkan sendiri projek-projek perumahan.

“Dari segi pemilikan dan pembelian tanah sudah dirancang di kawasan Machap, Paya Rumput Melaka Tengah dan Jasin,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada MHI selepas Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) LPM di Pejabat LPM, hari ini.

Katanya, harga perumahan di Melaka adalah terendah di dalam Malaysia dan ia merupakan cabaran LPM untuk mengekalkan harga tersebut.

“Di Melaka tiada masalah miliki RMM, cuma cabaran dari segi kelulusan pinjaman pembiayaan perumahan, kita akan cuba bantu setiap orang supaya miliki rumah sendiri,” katanya lagi.

Views:

390
Kongsi :
Previous post Pengguna disaran adu kepada KPDNHEP jika hadapi masalah jual beli
Next post 60 kakitangan LPM lafaz Ikrar Bebas Rasuah
Ubah saiz-+=