Banjir Kelantan: Tanah Merah pula dinaiki air

Masa Membaca:35 Saat

KOTA BHARU, 6 Jan – Tanah Merah menjadi jajahan kedua dilanda banjir di Kelantan dengan lapan pusat pemindahan diaktifkan bagi menempatkan 125 mangsa daripada 33 keluarga setakat 8 pagi tadi.

Menurut InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebelum ini Gua Musang turut terjejas dengan banjir, namun telah pulih dengan kesemua pusat pemindahan di jajahan itu ditutup semalam.

Sementara itu, menurut infobanjir.water.gov.my setakat 8 pagi, tiga sungai utama di negeri itu merekodkan bacaan melepasi paras bahaya iaitu Sungai Kelantan di Kuala Krai 25.62 meter (m) (bahaya 25.00 m), Sungai Kelantan di Kusial, Tanah Merah 16.11 m (bahaya 16.00 m) dan Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah 24.23 m (bahaya 23.50 m). – BERNAMA

Views:

1346
Kongsi :
Previous post Amaran cuaca buruk di enam daerah di Kelantan
Next post Dua jalan utama di Jeli ditutup – Polis
Ubah saiz-+=