Sorting by

×

COVID-19: Malaysia kembali catat lebih 2,000 kes positif baharu – Dr Noor Hisham

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

KUALA LUMPUR, 5 Jan – Malaysia kembali merekodkan lebih 2,000 kes harian baharu COVID-19 dengan 2,027 kes dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif di negara ini sebanyak 122,845 kes.

Sebelum ini, Malaysia mencatatkan kes baharu COVID-19 bawah 2,000 kes iaitu sekitar 1,700 kes selama dua hari berturut-turut.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya hari ini berkata, daripada jumlah kes baharu berkenaan terdapat 16 kes import yang mendapat jangkitan di luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara adalah sebanyak 2,011 kes.

KETUA Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 22,887 kes. Sehingga kini, terdapat 123 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 52 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Sebanyak lapan kes kematian COVID-19 dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia adalah sebanyak 509 kes atau 0.41 peratus daripada keseluruhan kes.

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 509 kes diikuti Johor dengan 428 kes dan Sabah sebanyak 383 kes.

Kes sembuh COVID-19 pada hari ini pula adalah sebanyak 1,221 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh di Malaysia sebanyak 99,449 kes atau 81 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. – BERNAMA

Views:

558
Kongsi :
Previous post Sikap terlalu yakin pemandu redah banjir boleh memakan diri
Next post PN lantik 14 Pengerusi Badan Perhubungan Negeri, Muhyiddin ketuai Johor
Ubah saiz-+=