Sorting by

×

Banjir di pantai timur, Johor diramal tidak seburuk 2006,2014 – MetMalaysia

Masa Membaca:52 Saat

KUALA LUMPUR, 5 Jan – Situasi banjir ketika ini khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung dan Johor diramalkan tidak seburuk seperti yang pernah melanda negeri-negeri berkenaan sebelum ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Jailan Simon.

Sebaliknya kata beliau, pihaknya menjangkakan hanya banjir biasa seperti yang berlaku setiap tahun.

“Maknanya banjir berlaku seperti biasa, kita tak jangkakan sebesar 2014 atau 2013 di Kemaman (Terengganu), begitu juga di Johor kita tak jangkakan banjir sebesar 2006 dan 2007. Jadi, tahun ini lebih kurang banjir biasa, cuma tahun ini di Pahang agak besar sikit,” katanya pada sidang media di Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) Datuk Seri Dr Ir Zaini Ujang dan Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Datuk Ir Nor Hisham Mohd Ghazali.

Jailan berkata dari segi ramalan terkini, pihaknya masih mengekalkan amaran cuaca waspada di Kelantan dan Terengganu, namun amaran berkenaan telah ditamatkan bagi Johor dan Pahang.

“Maknanya kita tidak menjangkakan ada hujan lebat untuk beberapa hari akan datang,” katanya. – BERNAMA

Views:

823
Kongsi :
Previous post Hentikan provokasi – Ka Siong
Next post JPJ cari jalan perbaiki sistem ujian memandu
Ubah saiz-+=